Wednesday, October 31, 2012

Welcome Back

Welcome back, its been for long time i haven't update my blog.
This is for testing only send from my iPad.




- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Taman Universiti

Sunday, April 19, 2009

Fakta Tentang Makanan

Malaysia ni mewah dengan makanan. Pergi mana-mana mesti ada sahaja orang menjual makanan. Susah nak jumpa orang kat Malaysia nie mati tak makan. Tapi biasanya mati pasal makanan tu ada la. Kadang-kadang kalau kita nak makan tu, main makan je, tanpa mengetahui kesan atau akibatnya pada tubuh badan kita. Disini cuba diterangkan tentang fakta makanan yang biasa kita makan tapi kita jarang ambil tahu. Antaranya ialah...



1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya
memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas
pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya
karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan
barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C! Yang mana
anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja. Ini
termasuk pengambilan jus & buah oren.

3. Bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh". Banyak orang Cina suka
makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke
(minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu
sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana.
Fakta diperolehi dari 'Health Corporation of Singapore'.

4.Barah akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Balik rumah dan pergi
periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan
dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau
ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka
masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan
mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell,
L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan
lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-
satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.
Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan
jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini
tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan
bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dal am pada itu,
Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak)turut mengandungi bahan
yang sama untuk penghasilan busa.

5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi,
koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3
hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil
paket yang seterusnya.
Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga
saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat
tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang
menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain
apabila dimasak.
Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC
(sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang
mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak,
jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau
disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee
segera.
Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari
untuk membersihkan wax dari sistem badan.
Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang
mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia
tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati
menghidap barah dan mati selepas itu.
Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan
sebagai makan untuk mendapat barah'. Kalau istilah James
Bond, 'Licence to kill!'

6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat kesebuah perusahaan
kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw
minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan.
Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur
bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw
tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang
tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli
terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita
buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah
maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan pengguna
yang masih belum disedarkan lagi.


Monday, April 13, 2009

Cara-cara menguruskan hutang kad kredit secara efisyen




Pengurusan Hutang Kad Kredit (Debt Management)

Untuk menyelesaikan hutang kad kredit, anda boleh memilih antara 3 cara di bawah :-

1 – Melalui pembiayaan-semula pinjaman rumah anda

Jika nilai pasaran rumah anda sudah naik (biasanya selepas 2-3 tahun rumah siap sepenuhnya), anda mempunyai pilihan untuk menyusun-semula pinjaman rumah anda melalui proses pembiayaan-semula pinjaman (re-financing). Bukan sahaja anda boleh mengambil kesempatan ke atas pakej pinjaman yang menawarkan pakej pinjaman tanpa yuran guaman dan kadar faedah terendah sekarang, malahan duit lebihan yang didapati dari pembiayaan-semula rumah anda boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang-hutang kad kredit tersebut.



Dengan mengumpul semua hutang kad kredit ke dalam satu akaun pinjaman rumah yang baru (debt consolidation), ia akan meringankan beban anda dari terpaksa pergi ke 4 - 5 bank sehari kepada 1 bank sahaja atau lebih mudah lagi, berurusan dengan 1 bank secara online/internet. Kadar faedah baru yang dikenakan juga lebih rendah iaitu 6.25% setahun berbanding kadar faedah kad kredit 18% - 21% setahun. Jadi, anda akan dapat menyelesaikan hutang kad kredit itu tadi dengan lebih cepat jika anda membayar pada jumlah yang sama, tetapi pada kadar faedah yang lebih murah berbanding dulu. Di sinilah penjimatan dari segi pembayaran faedah dapat dinikmati.

Bagi mereka yang mempunyai komitmen bulanan yang tinggi pula, mereka akan mendapati komitmen bulanan mereka kini berkurangan kerana hutang kad kredit tadi sudah diletakkan bersama hutang pinjaman rumah yang mempunyai kadar faedah lebih rendah. Cara ini memang berguna kepada mereka yang mempunyai baki aliran tunai yang negative (defisit) supaya mereka tidak menghadapi masalah kewangan dalam membuat pembayaran pinjaman di masa akan datang.

Walaubagaimana pun, anda dinasihatkan untuk tidak membiayai-semula pinjaman rumah anda begitu sahaja, tanpa membuat perancangan kewangan yang sempurna. Ini kerana, walaupun anda memilih pinjaman rumah baru yang mempunyai kadar faedah lebih rendah, tempoh pinjaman rumah itu biasanya sangat lama dan ini akan menyebabkan anda menanggung jumlah faedah yang besar dalam jangka masa panjang jika anda tidak membuat pembayaran lebih.


2 – Melalui ansuran bulanan jika baki aliran tunai positif (surplus)

Jika anda tidak memiliki rumah yang sudah naik nilai pasarannya, tetapi mempunyai baki aliran tunai positif (ada lebihan wang yang tidak dibelanjakan setiap bulan), perkara utama yang perlu anda lakukan adalah menyediakan Tabung Kecemasan antara RM 500 - RM 1,000 atau 1-2 bulan gaji, bergantung kepada keadaan kewangan dan keperluan anda. Ini untuk mengelakkan anda dari terlalu kerap membuat pengeluaran tunai dari kad kredit anda bagi menampung keperluan kecemasan dalam jumlah kecil seperti balik kampung, kereta rosak, demam biasa dan sebagainya. Tabung kecemasan ini boleh anda simpan di dalam ASB atau Tabung Haji, berbanding akaun simpanan bank yang biasanya hanya memberi pulangan 1% – 2% setahun sahaja. Untuk risiko kehidupan yang lebih besar, anda dinasihatkan supaya memiliki insurans hayat atau insurans kad perubatan.

Gunakan lebihan wang yang anda tidak belanjakan itu, untuk membayar lebih kepada kad kredit yang mempunyai caj faedah yang lebih tinggi dari kad kredit lain. Contohnya, kad kredit konvensional mengenakan caj bulanan 1.5% berbanding kad kredit islamik 1.25% sebulan.

Jika kad kredit anda mempunyai promosi caj faedah rendah untuk tempoh tertentu bagi pindahan baki dari kad kredit lain, gunakan ia untuk mengurangkan caj faedah yang anda perlu tanggung. Promosi sebegini biasanya terdapat di kalangan bank-bank luar seperti Citibank & Standard Chartered yang menggalakkan anda memindah baki kad kredit anda ke dalam kad mereka.

Jika semua kad kredit anda mengenakan caj faedah yang lebih kurang sama, maka gunakan lebihan wang tadi untuk membayar kad kredit yang mempunyai baki yang terendah dulu. Lebih banyak baki kad kredit yang anda kurangkan, lebih cepat ia akan selesai. Anda sendiri akan merasa lebih seronok apabila melihat satu persatu kad kredit anda dapat diselesaikan (moral boost). Dengan cara begini, ia akan mengurangkan jumlah kad kredit di dalam pegangan anda kerana setiap kad kredit yang anda pegang, mempunyai yuran tahunan yang perlu dibayar.

Sesetengah orang gemar membuat potongan simpanan (forced saving) ke dalam akaun ASB atau Tabung Haji. Jika anda membuat potongan gaji bulanan ke dalam akaun pelaburan yang memberi pulangan sekadar 7% - 9% setahun, adalah lebih sesuai jika anda tangguhkan dulu simpanan bulanan tersebut dan tumpukan lebihan wang anda untuk membayar sebanyak mungkin ke atas baki hutang kad kredit anda.

Contoh: Potongan ASB/Simpanan bank RM200 sebulan. Setahun ada RM2,400.

Jika simpan di bank, dapat 2% setahun = RM 48

Jika simpan di pelaburan ASB, dapat 9% setahun = RM 216

Jika bayar pada kad kredit, jimat faedah 18% setahun = RM 432

Anda perlu ingat bahawa FAEDAH adalah sesuatu yang anda perlu bayar kepada bank. Mana lebih baik? Anda dapat RM 216 atau anda tidak perlu bayar faedah RM 432? (Nota : Ini cuma kiraan kasar sahaja).


3 – Melalui ansuran bulanan tetapi mempunyai baki aliran tunai negatif (defisit)

Jika anda tidak mempunyai rumah yang sudah naik nilai pasarannya dan mempunyai baki aliran tunai yang negative (defisit), perkara penting yang anda mesti buat adalah cuba ubah-suai semua perbelanjaan bulanan anda dengan mengurangkan perbelanjaan yang tidak penting semaksima yang boleh seperti rokok, suratkhabar/majalah, kosmetik dan sebagainya.

Jika baki aliran tunai masih lagi negative selepas pengubah-suaian perbelanjaan bulanan, besar kemungkinan ia disebabkan komitmen bulanan yang tinggi ke atas bayaran pinjaman-pinjaman anda (terutamanya dari hutang kad kredit). Samada anda sedar atau tidak, anda sebenarnya di dalam keadaan bahaya kerana setiap bulan anda berbelanja lebih dari kemampuan anda. Dalam erti kata lain, setiap bulan hutang anda semakin bertambah.

Sebelum anda menghadapi masalah kewangan yang lebih teruk seperti gagal membuat pembayaran ke atas pinjaman-pinjaman anda dan diseret ke mahkamah, anda perlu menyusun-semula baki hutang kad kredit anda itu dengan memindahkan ia ke dalam pakej pinjaman yang mempunyai caj faedah lebih rendah seperti pakej pinjaman peribadi di Bank Rakyat.

Cara sebegini juga dipanggil Ă¢€˜Debt ConsolidationĂ¢€™ dan hanya perlu digunakan apabila anda sudah tidak mempunyai pilihan lain untuk mengurangkan komitmen bulanan anda agar tidak menghadapi masalah kewangan yang lebih besar kelak.

Contoh : Baki kad kredit RM 15,000 untuk 3 kad kredit dari pelbagai bank. Bayaran bulanan minima 5% tentunya RM 750. Jika jumlah hutang kad kredit RM 15,000 itu dikumpulkan dan diletakkan ke dalam satu akaun pinjaman peribadi dengan kadar faedah 7.55% setahun untuk tempoh 7 tahun, komitmen bayaran bulanan akan berkurangan menjadi RM 273 sebulan. Dalam erti kata lain, dengan pengurangan komitmen bayaran bulanan, anda sudah boleh menarik nafas lega.

Cuma dari segi penjimatan faedah, ia sebenarnya tidak menguntungkan anda kerana kadar faedah sebenar bagi pinjaman peribadi 7.55% setahun itu adalah 13% setahun (mengikut kadar APR) dan tempoh pinjaman anda juga telah dipanjangkan kepada 7 tahun i.e. 84 bulan. Memang dari segi komitmen bulanan, anda untung kerana komitmen bulanan berkurangan, tetapi jumlah faedah yang anda perlu bayar sekarang sudah bertambah atas sebab-sebab di atas. Oleh itu, apabila kewangan anda sudah bertambah kukuh, cuba bayar lebih kepada pinjaman peribadi anda pula supaya ia cepat selesai dan jumlah faedah berbayar dikurangkan.

Tindakan seterusnya yang perlu anda lakukan adalah mengawal perbelanjaan anda melalui belanjawan bulanan atau membuat penyata aliran tunai bulanan. Penyata aliran tunai ini akan mengingatkan anda – apa yang perlu dibelanjakan setiap bulan supaya anda tidak berbelanja lebih dari kemampuan anda lagi dan ditimpa masalah hutang yang sama seperti dulu.

Diharap tips kewangan yang saya beri ini dapat membantu anda. Terima kasih. "

Puma T-Shirt

Siapa nak beli T-shirt Puma? Puma tu memang nampak real..hehe.

Sunday, April 12, 2009

Kemalangan - Proton Waja

Gambar kemalangan yg terjadi pada 11/3/06 di USJ dan mengakibatkan pemandunya mati serta-merta. Kalau kita tengok gambar kemalangan ini, memang kita sedih kalau pakai kereta kebangsaan kita ..

walaupun zon kemalangannya memang CANTIK dan tidak terjejas teruk,tapi kereta ni tak ada airbags, firewallnya tiada pillar yg tegap yg akan memesongkan engine ke sudut yg lain.

(seperti Mercedes A-Class dimana jika ia mengalami perlanggaran terus, terdapat satu pillar di firewallnya yg
akan memastikan engine tidak akan melepasi firewall dan mencederakan kaki pemandu).