Thursday, May 22, 2008

RSS - Really Simply Syndication

RSS bermaksud "Really Simply Syndication". Ianya satu aplikasi atau script yang digunakan untuk memudahkan pegguna mendapatkan update terkini sesebuah website dengan cepat. Ini bermaksud seseorang tidak perlu mengunjungi website yang menyediakan kemudahan ini untuk mengetahui bahan atau maklumat terkini yang dimasukkan kedalam website tersebut. Kebanyakan website masa kini menyediakan kemudahan ini kepada pengunjungnya.Kita boleh mengetahui samada website tersebut mempunyai RSS dengan melihat pada ikon
Biasanya website yang banyak memaparkan berita-berita terkini menyediakan perkhidmatan RSS ini. RSS ini boleh di akses menggunakan web browser dan diletakkan sebagai favourite. Banyak juga aplikasi-aplikasi yang boleh di download dengan percuma untuk meggunakan RSS ini. Biasanya aplikasi ini dikenali sebagai RSS Feeder. Sebagai contoh saya menggunakan Freereader di dalam komputer saya. Kalau nak download saya bagi link seperti di bawah :

Download : Feedreader (RSS reader)

Cara penggunaannya agak mudah. Sebelum itu pastikan sesebuah website itu ada menunjukkan ikon ini kemudian klik pada ikon tersebut. Internet browser akan membawa kita ke halaman RSS tersebut, kemudian kita hanya perlu copy alamat yang ada pada address bar pada internet browser kita dan kemudian paste pada new RSS yang terdapat pada feedreader yang telah di install.
Jika ada sebarang pertanyaan, silalah post pada coment.
Terima kasih.

No comments: